About Us

Minyak Kelapa Dara Asfa 



Saya Nadia Abdul Rahman berumur 26 tahun, suri rumah dan ibu kepada 4 cahaya mata. Mula mengasaskan Produk Asfa pada hujung tahun 2014 secara kecil-kecilan. Diberi tunjuk ajar oleh anak saudara saya yang ibunya sendiri mengalami masalah kulit kronik sejak bertahun lalu. 

Kulitnya mengelupas hampir seluruh badan dan hanya berikhtiar dengan menyapu Minyak Kelapa Dara hasil buatannya sendiri dan alhamdulillah masalah kulitnya kini telah pulih 100% dan kelihatan awet muda. 

Saya mula mempelajari dan mengamalkan Minyak Kelapa Dara yang dibuat sendiri bersama suami pada kehamilan saya yang ke-4. Setelah mencuba sendiri dan memberi kepada beberapa kenalan saya, saya mendapat beberapa feedback positif. Ternyata khasiat Vco sememangnya mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. 

Saya bertambah teruja untuk terus mempromosikan minyak kelapa dara setelah terkesan dengan pengalaman saya sendiri melahirkan cahaya mata ke-4 Eizzy Uwais. Minyak Kelapa Dara sememangnya berpotensi mengatasi masalah mual dan alahan sepanjang tempoh kehamilan saya. 

Tiada masalah hb low, tekanan darah dan gula juga diparas normal. Pada penghujung kehamilan saya, saya jadikan Vco sebagai ikhtiar selusuh dan alhamdulillah proses kelahiran tersebut tidak lama dan saya hanya menanggung sakit kontraksi beberapa ketika sahaja. 

Nurse hanya buat check bukaan 3 kali sahaja. Baby saya meluncur di saat melahirkan dan saya akui proses kelahiran ini tersangat mudah dan tiada langsung koyakan dan guntingan. Saya berdarah O dan sememangnya risiko melahirkan baby Jaundis tinggi. Anak ke-4 saya ini juga mengalami Jaundis tetapi hanya beberapa hari sahaja. Alhamdulillah berbeza dengan pengalaman saya melahirkan 3 anak sebelum ini dimana suami saya terpaksa membawa anak setiap hari hampir sebulan ke klinik kerana masalah Jaundis yang agak tinggi. 

Sehingga kini saya masih terus praktikkan Vco sebagai rutin pemakanan tambahan harian untuk kesemua anak-anak saya. Saya dapati kesemua anak saya tidak mengalami masalah berkaitan kulit, tidak mengalami masalah sukar membuang besar dan tidak mudah terkena jangkitan deman batuk dan selsema.

Kini saya mula mempromosi produk saya dengan lebih komersial. Menjenamakan Produk saya dengan nama ASFA bersempena nama Puteri Sulung saya Eish Asfa. Saya sangat memerlukan seberapa ramai wakil jualan dan dropship untuk mempromosikan produk saya. Kerjasama dan sokongan anda semua adalah sangat dihargai. Like Fan Page saya Minyak Kelapa Dara ASFA

Jika berminat untuk pencerahan selanjutnya berkaitan produk sila wassup/telegram saya
Nadia 011-10850835 atau terus membuat tempahan DI SINI

Baca lagi info berkaitan TipsPenjagaan Kesihatan Dan Kecantikan Disini

No comments:

Post a Comment